Social
121

Polis akan siasat guru tampar murid

Johor Baharu – Polis kini telah buka satu kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki berusia tujuh tahun cedera di mulut akibat ditampar guru di sebuah sekolah di daerah Kulai, Isnin lalu sebelum tular semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan saksi bebas untuk mendapatkan punca kejadian.

Katanya, polis juga akan menghubungi pejabat Pendidikan Daerah Kulai serta pejabat Pendidikan Negeri Johor untuk dapatkan maklumat terperinci.

“Pada pukul 4 petang semalam, pegawai polis bahagian siasatan jenayah terima maklumat dari laman media sosial berkaitan kanak-kanak berusia tujuh tahun cedera di mulut kerana ditampar oleh seorang guru.

“Semakan awal pihak polis dapati tiada sebarang laporan polis diterima dan kemudian satu laporan polis telah dibuat pihak polis sebagai maklumat pertama untuk siasatan lanjut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Izanzaki di talian 014-5296880,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang murid darjah satu ditampar seorang guru lelaki sehingga mengakibatkan bibirnya bengkak dan berdarah dalam satu kejadian, Isnin lalu. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu