Social
195

Polis buru 2 wanita curi barang kemas

Kepala Batas – Polis sedang mengesan dua wanita yang dipercayai mencuri barang kemas Korea menyebabkan peniaga kerugian RM2,000 dalam kejadian di sebuah pasar raya di Bertam, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan daripada lelaki yang juga peniaga barang kemas berusia 39 tahun berhubung kejadian itu, lapor Harian Metro.

“Ketika peniaga itu berada di rumahnya di Taman Angsana, Kulim, Kedah kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu, dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai yang terletak dalam pasar raya di Bertam.

“Dia mendapati dua wanita memakai pelitup muka bertindak mencuri satu kotak cincin dan rantai tangan emas Korea di kedainya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berniaga di situ sejak dua tahun lalu tidak membuka perniagaannya sejak 1 Jun lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Semua barang niaga milik lelaki itu hanya ditinggalkan di kedai dan ditutup dengan kain biru saja. Apabila membuat pemeriksaan dia mengalami kerugian kira-kira RM2,000 dan membuat laporan polis keesokan harinya.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek menyelak kain biru yang menutupi kotak pameran dan mengambil barang kemas Korea sebelum melarikan diri.

“Suspek dilihat ulang-alik di kawasan kedai mangsa sebelum mencuri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu