Social
323

Polis buru banduan lari dari penjara

Kota Baharu – Polis sedang giat memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata banduan tersebut Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Jalan Madrasah, Kampung Delima, Wakat Baru, Tumpat, dipercayai melarikan diri semasa proses pembuangan sampah kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek merupakan banduan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan mula ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak Isnin lalu.

Beliau berkata suspek terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan. Susulan kejadian itu pihak polis bersama penjara sedang menjalankan operasi mengesan suspek termasuk mengadakan sekatan jalan raya,” katanya di sini.

Beliau memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan dengan suspek dan menghubungi mana mana balai polis yang berhampiran. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu