Social
339

Polis cari 7 kanak-kanak lari dari rumah penjagaan

Kuatan – Polis melancarkan operasi mencari tujuh kanak-kanak lelaki yang dipercayai melarikan diri dari rumah kanak-kanak, di sini semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya kini sedang mengesan lokasi kanak-kanak berumur antara 12 dan 15 tahun itu selepas menerima laporan kehilangan mangsa, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kehilangan tujuh kanak-kanak terbabit disedari seorang rakan mereka sebelum memaklumkan kepada pengurusan.

“Oleh itu, kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk mengesan kanak-kanak ini yang mungkin berlindung di tempat tertentu kerana bimbang keselamatan mereka.

“Jika melihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan supaya terus memaklumkan kepada polis. Kita percaya mereka masih berada di daerah ini,” katanya kepada media selepas sidang media kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas motif kanak-kanak terbabit melarikan diri, beliau berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan turut mengenal pasti punca mereka berjaya melarikan diri sama ada melalui pintu pagar atau memanjat pagar.

“Semuanya masih lagi dalam siasatan dan berharap mereka pulang demi keselamatan masing-masing,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu