Social
297
0

Polis cari lelaki disyaki intai jiran mandi

Johor Baharu – Polis sedang berusaha mencari seorang lelaki berusia 24 tahun selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu dia diintai lelaki berkenaan semasa sedang mandi di sebuah rumah di Taman Setia Indah, di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata wanita berumur 23 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 2.26 petang selepas menyedari dia diintai melalui tingkap tandas rumahnya kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Dia (mangsa) menyedari perkara itu selepas mengesan ada pergerakan orang di luar tandas melalui tingkap tandas yang sedikit terbuka ketika itu. Dia juga mendakwa ini kali kedua dia mengalami kejadian sama sejak menyewa kediaman berkenaan, dua bulan lepas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata wanita itu mengesyaki jirannya itu yang melakukan perbuatan berkenaan, malah pernah membuat rakaman video pergerakan suspek menggunakan telefon bimbit, namun gambarnya tidak jelas.

Katanya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu