Social
227

Polis cari pengarah video iklan Raya promosi judi

Kuala Lumpur – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai ‘dalang’ utama yang bertanggungjawab sebagai pengarah dalam pembikinan dua video iklan raya yang mempromosikan judi dalam talian (online) sepertimana yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, individu tersebut dikenali sebagai Loh Kee Hoe berusia 35 tahun dan beralamat di Kuala Lumpur.

“Mengikut maklumat tangkapan kita, suspek dipercayai berperanan sebagai ‘pengarah’ dalam pembikinan kedua-dua video berkenaan.

“Suspek juga bertanggungjawab mencari ejen dan juga ‘Production House’ untuk kedua-dua video berkenaan. Kita amat memerlukan suspek dalam usaha membantu siasatan,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan kedua-dua video iklan raya berkenaan adalah daripada syarikat produksi yang sama.

Jelasnya, polis juga berjaya memberkas seorang lagi individu, hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembikinan video pertama yang tular.

Semalam tular video iklan mempromosikan aktiviti perjudian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, disusuli sebuah lagi video hari ini hingga mengundang kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, polis akhirnya berjaya memberkas lapan individu termasuk seorang produser atau pengarah video, semalam yang disyaki terlibat dalam pembikinan video terbabit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini berkata,
selain produser, mereka yang ditahan merupakan pelakon, ejen artis, juru video atau kamera yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu