NationSocial
247
0

Polis cari saksi perbicaraan kes dadah di mahkamah

Bukit Mertajam – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi perbicaraan bagi kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi 1 Pulau Pinang, di George Town dekat sini pada 21 Dis ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata Shaharudin Musa, 51, beralamat di No 7, Lorong Siakap 28, Seberang Jaya di sini, sedang dicari polis.

“Saksi itu merupakan pemilik kenderaan di mana barang kes iaitu dadah dijumpai dan kehadirannya dalam perbicaraan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah amat penting,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lelaki itu atau sesiapa yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nursyahirah Safri dengan menelefon 017-5853559. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu