Social
150

Polis cari waris kanak-kanak yang ditemui orang awam

KUALA LUMPUR — Polis sedang mencari waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga hingga empat tahun yang dijumpai dan diserahkan oleh orang awam ke Balai Polis Selayang, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu boleh berhubung dengan Sjn Rafidah Abdul Aziz di talian 019-3509963 atau hubungi Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

Menurut Zainal, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki pada pukul 2.24 petang Rabu berhubung seorang kanak-kanak lelaki dengan anggaran tinggi 60 sentimeter dan berkulit gelap telah dibawa pulang ke rumah mereka oleh abang pengadu.

“Pengadu tidak mengenali kanak-kanak tersebut dan tidak mengetahui dari mana abang pengadu menjumpai kanak-kanak tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Zainal berkata kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan lanjut, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu