Social
494

Polis dapat Notis Merah Interpol

Johor Bahru – Polis Johor sudah mendapat kelulusan permohonan Notis Merah bagi meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan kedudukan Nicky Liow dan isterinya, Niu Zhe seorang warganegara China.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin berkata, permohonan bagi menjejaki Nicky diterima pada Selasa lalu manakala Niu Zhe semalam.

“Untuk makluman kita sudah mendapat kelulusan Notis Merah untuk mengesan Datuk Seri Nicky pada 20 April.

“Seorang lagi ke atas isterinya yang merupakan warganegara China, Niu Zhe, kita dapat semalam 21 April,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Pada 15 April lalu, Kosmo! melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses untuk mendapatkan notis merah bagi memohon bantuan Interpol dalam usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan PDRM sudah memohon dua notis, iaitu biru dan merah.

Dalam perkembangan sama, Ayob Khan mengesahkan tangkapan ke atas seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) bagi membantu siasatan.

Pegawai polis itu ditahan untuk siasatan berhubung kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee diberkas pagi semalam. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu