Social
189

Polis : Jangan buat spekulasi kes dera bayi

Shah Alam – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan berhubung dakwaan bayi didera pengasuh yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Beliau juga mengesahkan menerima laporan kejadian yang dibuat bapa mangsa pada 3.22 petang Rabu lalu selepas mendakwa terdapat kesan kemerahan di lengan kiri dan kanan anaknya ketika hari pertama dijaga pengasuh berkenaan.

“Siasatan mendapati pengasuh tinggal di rumah itu bersama anaknya berumur empat tahun ketika kejadian.

“Pemeriksaan awal doktor mengesahkan ada kesan ‘soft tissue injury’ pada lengan mangsa.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi mengenainya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Anis Shafika di talian 011-10951310,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai hantaran seorang pengguna Facebook yang mengesyaki bayi perempuannya berumur lima bulan didera pengasuh, lapor Harian Metro.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu