Nation
417

Polis kawal ketat laluan masuk ke Parlimen

Kuala Lumpur –  Anggota polis mengawal ketat laluan masuk ke Parlimen di sini, selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi ini.

Menurut laporan BH Online, Beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen, di sini.

Laluan utama ke Parlimen ditutup dengan penghadang bagi mengelak orang ramai masuk, susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung hari ini, ditangguhkan.

Rentetan penangguhan itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertegas untuk hadir ke Parlimen, walaupun sidang berkenaan ditangguhkan.

Antara yang dilihat hadir ialah Ahli Parlimen daripada DAP, antaranya RSN Rayer dan Teresa Kok.

Pihak berkuasa bagaimanapun, mengarahkan mereka beredar dalam tempoh 10 minit.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu