Social
282

Polis : Kertas siasatan ibu Neelofa akan diserah kepada TPR

Kuala Lumpur – Kertas siasatan berhubung dakwaan ibu selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed memuat naik hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor menerusi Instagram (IG) akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata ketika ini, pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan selepas menerima laporan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini.

“Kita perlu lihat laporan SKMM dahulu sebelum melengkapkan kertas siasatan.

“Selepas ia siap, baru ia boleh dirujuk kepada TPR untuk arahan serta tindakan selanjutnya,” katanya pada BH, hari ini.

Pada 4 Jun lalu, polis dilaporkan selesai merakam keterangan tujuh individu termasuk Noor Kartini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, tular tangkap layar IG Story Noor Kartini dalam laman sosial yang mengkritik Sultan Johor dengan kebanyakannya kesal dengan perkataan kasar digunakan.

Bagaimanapun, hantaran dalam IG Story itu dipadam selepas beberapa minit dimuat naik. — BH Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu