Social
116

Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah

Johor Baharu – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata individu berkenaan Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Mohd Padzli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290 763.

Semalam, akhbar berbahasa Melayu melaporkan seorang penjawat awam berumur 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dicederakan suaminya, 4 Mei lepas.

Menurut laporan itu, mangsa yang sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya. – Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu