Social
227

Polis kesan sekumpulan individu bergaduh berhampiran stesen Monorel Bukit Bintang

Kuala Lumpur – Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan berdekatan stesen Monorel Bukit Bintang yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata video berkenaan yang berdurasi 22 saat menunjukkan sekumpulan individu bergaduh berhampiran stesen itu.

“Siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian ini dan pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Noor Dellhan turut memberi ingatan kepada orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu