Social
772

Polis nafi dakwaan video tular kes Ganapathy

Gombak –  Polis menafikan sebuah video menunjukkan lelaki dipukul dalam sebuah bilik seperti tular di media sosial hari ini, berkaitan kes seorang tahanan yang meninggal dunia selepas sebulan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tindakan akan diambil terhadap individu yang menyebarkan maklumat tidak benar itu.

Menurutnya, pihaknya terkesan sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial mendakwa mangsa yang dipukul itu adalah mendiang Ganapathy yang meninggal dunia semasa rawatan di Hospital Selayang.

“Saya dengan ini menafikan perkara ini sekeras-kerasnya.

“Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah rakaman CCTV berdurasi 55 saat tular di media sosial menunjukkan dua lelaki dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki sambil disaksikan oleh tujuh lagi lelaki lain.

Arifai berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan lokasi sebenar kejadian berlaku.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan penyebaran video berkenaan termasuk mengaitkannya dengan kes Ghanapathy yang sedang disiasat.

Terdahulu, media melaporkan A Ganapathy, 40, didakwa dipukul polis ketika berada dalam tahanan sehingga kakinya dipotong sebelum meninggal dunia di Hospital Selayang pada 18 April lalu.

Sebelum itu, ibu lelaki itu ada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, mendakwa anaknya dipukul menyebabkan dimasukkan ke hospital pada 8 Mac.

Wanita itu mendakwa anaknya ditahan pada 24 Februari bagi membantu siasatan terhadap seorang lagi anaknya yang dikehendaki polis. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu