Social
161
0

Polis nafi keluarkan kompaun terhadap lelaki tidak pakai pelitup muka di depan rumah

Shah Alam – Polis menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumahnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika dikompaun Selasa lepas.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata polis mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berusia 65 tahun itu kerana berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu sebuah akhbar tempatan pada hari ini melaporkan seorang lelaki warga emas dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di hadapan rumah oleh anggota polis yang melakukan rondaan pada kira-kira pukul 11 pagi di Taman Eng Ann, Klang dekat sini. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu