Nation
413

Polis nafi minta sumbangan sedia makanan di kawasan PKPD

Kuala Lumpur – Polis menafikan pasukan itu memohon sumbangan orang ramai bagi penyediaan makanan harian, di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Seksyen 4 Kota Damansara, Petaling Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu hantaran melalui aplikasi WhatsApp yang tular berkaitan kutipan sumbangan, bagi penyediaan makanan harian di kawasan PKPD, Gugusan Semarak.

Beliau berkata, hantaran itu menyatakan pihak polis Kota Damansara meminta menyediakan makanan harian selama 10 hari di kawasan terbabit, dan mesej itu juga menyatakan sumbangan boleh dilakukan menerusi satu akaun Maybank bernombor 564801657304 di atas penama Bekind Malaysia.

“Polis menafikan mesej yang tular itu, kerana tiada sebarang bantuan diperlukan dari mana-mana pihak untuk PKPD yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya mengesyaki terdapat individu ataupun persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan sumbangan, untuk kepentingan peribadi.

Beliau berkata mana-mana individu yang telah membuat bayaran ke akaun bank yang dinyatakan, diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihat agar jangan mudah terpedaya dengan sebarang ‘hantaran’ atau mesej yang tular melibatkan nama Polis Diraja Malaysia. Masyarakat juga dinasihat untuk membuat semakan dengan polis terlebih dahulu sebagai pencegahan awal, sebelum menjadi mangsa kes penipuan,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu