Nation
958

Polis nafi rusuhan di Salak Selatan tindakan robohkan tokong

Kuala Lumpur – Polis menafikan kejadian merusuh di Salak Selatan yang tular di media sosial hari ini adalah disebabkan tindakan meroboh tokong.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata insiden berlaku selepas beberapa individu bertindak menghalang kerja pembinaan pagar penghadang ‘hoarding’ oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur antara 11.45 pagi hingga 4 petang tadi.

Operasi PTG itu disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras yang hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pembinaan itu.

Beliau berkata semasa operasi itu dijalankan, terdapat sekumpulan lelaki dan wanita warga tempatan membawa kayu dan besi bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis bertugas.

“Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Video berdurasi dua minit sembilan saat tular di media sosial hari ini selepas dimuat naik di laman Facebook, yang mendakwa pihak PTG bertindak hendak merobohkan sebuah tokong terletak di kawasan Salak Selatan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu