Social
200

Polis nafi tidak ambil tindakan suami isteri dirakam bertengkar

Kuala Lumpur – Polis menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang dirakam bertengkar di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, pada kira-kira 4 petang hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata sebaliknya pasangan berkenaan enggan membuat laporan polis walaupun telah ke Balai Polis Sri Petaling dan dinasihati ketua balai untuk berbuat demikian.

Beliau berkata hasil siasatan polis melalui temu bual pasangan berusia 20-an itu mendapati berlaku salah faham antara mereka berkenaan penjagaan anak.

“Polis telah memberikan nasihat untuk berbuat demikian (buat laporan), tetapi mereka enggan dan telah berdamai serta beredar dari balai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, tidak lama selepas itu kejadian pertengkaran pasangan berkenaan tular di media sosial Twitter yang berdurasi seminit 10 saat yang dimuat naik oleh princess@radenzaharatul dan netizen bertindak melontarkan komen negatif mendakwa polis tidak menjawab telefon dan tidak bekerja.

Anuar berkata pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya dan apa yang ditularkan netizen adalah tidak benar sama sekali.

“Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam memberi komen yang boleh menjatuhkan imej polis dan persepsi orang awam terhadap polis,” katanya. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu