Nation
239

Polis nafi video tular tidak patuh SOP di GM Klang, Kompleks PKNS

Shah Alam – Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil penelitian yang dibuat terhadap video berdurasi 19 saat itu mendapati, wujudnya perbezaan bentuk fizikal kedua-dua premis yang didakwa dengan fizikal premis yang ditularkan.

“Pemantauan yang dibuat oleh pihak polis juga mendapati tiada berlaku sebarang pelanggaran pematuhan SOP PKP oleh orang ramai di kedua-dua premis itu.

“Orang ramai juga diminta agar tidak membuat kesimpulan sendiri berkaitan sesuatu isu yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arjunaidi turut menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang perkongsian berita dari sumber yang tidak tepat, kerana boleh mengakibatkan kekeliruan.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial yang didakwa berlaku sama ada di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam, menunjukkan orang ramai berpusu-pusu serta tidak mematuhi SOP PKP di dalam sebuah premis membeli-belah yang memaparkan tarikh semalam. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu