Social
232

Polis Nilai akan panggil Neelofa, suami

Nilai –  Polis akan memanggil usahawan dan selebriti, Neelofa dan suaminya, PU Riz untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mereka berada di premis menjual karpet di Pusat Perniagaan di Nilai 3, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan PU Riz atau nama penuh, Haris Ismail, 26, akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, dalam masa terdekat.

“Kami telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3.

“Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat NO. 4) 2021.

“Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di kedai di kedai menjual permaidani disyaki di Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Malah, beberapa pengguna laman sosial Twitter turut mendakwa melihat pasangan terbabit di Nilai 3, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi mereka melakukan kesalahan rentas negeri.

Neelofa dan PU Riz yang bernikah pada 27 Mac lalu sebelum ini dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP). – Harian Metro

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu