Social
184

Polis saman pemandu Kancil tular

Kuala Lumpur – Polis mengeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu hari ini, terhadap pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang tular menerusi aplikasi TikTok kerana tiada bumbung.

Lelaki berusia 47 tahun berasal dari Raub, Pahang itu disaman ketika memandu kereta berwarna kuning berkenaan di Bandar Metropolitan, Kepong, pada jam 1 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan dan tayar depan kanan pecah.

“Pemandu itu kemudian menunjukkan sebuah lagi kereta Kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah.

“Kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna lain.

“Kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu