Nation
198

Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP

Alor Setar – Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang exco kerajaan negeri Kedah yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian yang turut melibatkan beberapa individu lain itu, selepas gambar mereka tular di laman sosial.

“Gambar itu telah tular di media sosial yang mengundang pelbagai persepsi dan komen negatif oleh warganet,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu katanya satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan polis meminta mana-mana individu yang dapat membantu siasatan atau mempunyai maklumat mengenai perkara itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 017-4218685.

Semalam, sekeping gambar yang memaparkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama beberapa individu lain yang sedang minum teh dan makan roti jala semeja, tular di laman Facebook, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu