Social
417

Polis siasat dakwaan gambar selebriti di IPD Nilai tular

Seremban – Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan gambar seorang selebriti dikatakan berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan selebriti wanita itu telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di IPD Nilai semalam.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mohd Fazley berkata pihaknya memandang serius terhadap laporan yang dibuat serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Kita menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan isu ini dan memberikan ruang kepada pihak polis menjalankan satu penyiasatan secara telus dan adil,” katanya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu