Social
158

Polis siasat kes doktor diserang di hospital

Klang –  Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian mencederakan orang menggunakan pisau serta kejadian doktor diserang di sebuah hospital di Klang pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian pertama berlaku pada 6 Jun lalu apabila seorang doktor lelaki ditolak serta cuba ditumbuk seorang lelaki tempatan.

“Punca kejadian disebabkan salah faham mengenai punca kematian ibu lelaki terbabit serta kegagalan pihak hospital memaklumkan keadaan sebenar pesakit sehingga menimbulkan keraguan kepada waris.

“Difahamkan ibu lelaki terbabit sebelum ini dirawat sebagai pesakit biasa dan tidak mempunyai sebarang tanda sebagai pesakit Covid-19. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya tadi.

Beliau berkata, insiden kedua pula berlaku pada 9 Jun lalu di wad yang menempatkan pesakit Covid-19.

“Seorang lelaki berusia 37 tahun secara tiba-tiba bertindak mengambil pisau pemotong buah dan menikam seorang pesakit lain di bahagian perut.

“Suspek dipercayai dalam keadaan tidak waras ketika kejadian itu berlaku. Mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sudah menjalani pembedahan manakala suspek dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lalu.

“Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. — Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu