Nation
493
0

Polis siasat menteri langgar SOP

Kuala Lumpur – Polis Kuala Lumpur memulakan siasatan berhubung tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata kertas siasatan dibuka berhubung gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan dan tular di laman sosial.

“Kita akan mengambil keterangan menteri terbabit dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Laporan polis berhubung kejadian itu sudah dibuat di Cheras, di sini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menerusi pelaksanaan PKP, katanya, hanya dua individu dibenar makan di setiap meja di mana-mana restoran atau kedai makan.

Gambar bertarikh semalam itu dipercayai diambil ketika Annuar menghadiri majlis Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan di Kebun Komuniti Bandar, Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia, Desa Petaling di sini. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu