Social
331
0

Polis siasat pihak lain ada hubungan dengan 4 suspek ditembak mati

Kuala Lumpur – Polis menyiasat sama ada empat suspek kes samun yang ditembak mati semalam, mempunyai rangkaian kumpulan atau bekerjasama dengan pihak lain bagi menjalankan aktiviti jenayah itu di Selangor, sejak awal tahun ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata polis juga menyiasat kemungkinan ada suspek lain yang ada hubungan dengan empat terbabit.

“Kita sudah kenal pasti identiti empat lelaki itu selepas melalui proses bedah siasat.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung aktiviti samun dilakukan mereka. Kita kena ada maklumat dahulu sebelum cari individu lain yang mempunyai kaitan dengan aktiviti samun berkenaan,” katanya kepada BH hari ini.

Semalam, empat suspek kes samun di Rawang maut ditembak polis ketika melarikan diri dari pemeriksaan menaiki sebuah kereta di Sungai Buloh.

Semua lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an sebelum itu dipercayai terbabit dalam kes samun sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang.

Arjunaidi semalam berkata, semakan mendapati kumpulan itu dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 50 kes samun bertopeng di Selangor, sejak awal tahun ini. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu