Social
393

Polis siasat selebriti terkenal langgar SOP makan durian

Petaling Jaya – Polis akan memanggil seorang selebriti terkenal untuk diambil keterangan susulan penularan sekeping tangkap layar daripada video siaran langsung memaparkan lelaki berkenaan sedang menikmati buah durian bersama beberapa individu lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis jam 4 petang Sabtu mengenai penularan tangkap layar tersebut.

Menurut beliau, selebriti terkenal tersebut merupakan seorang pegusaha kosmetik dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

“Penularan tangkap layar itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana perbuatan beliau didapati melanggar SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita telah menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) 2021 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Ku Mashariman berkata, pengusaha kosmetik tersebut akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu