Social
200
0

Polis tahan 2 wanita terlibat kegiatan ah long

Johor Bahru – Polis menahan dua wanita warga tempatan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long menerusi serbuan berasingan yang dibuat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, suspek yang berusia 28 dan 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurutnya, mereka ditahan menerusi Op Vulture yang dibuat di beberapa lokasi di Bukit Indah, Gelang Patah dan Ulu Tiram, dekat sini.

“Dalam serbuan ke atas sebuah kondominium di Bukit Indah, polis merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan sindiket termasuk tiga buah komputer dan 236 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan pusat panggilan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

“Kedua-dua wanita berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

“Sehubungan itu, polis menyeru agar orang ramai mengelak daripada meminjam wang dengan ah long sebaliknya melakukan pinjaman dengan institusi kewangan yang berdaftar,” ujarnya lanjut. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu