Social
494
0

Polis tahan bapa tikam bayi berusia 20 bulan

Kuala Lumpur – Seorang bapa ditahan kerana disyaki menikam bayi perempuannya yang berusia setahun lapan bulan di sebuah flat di Puchong Permai dekat sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata penahanan itu dibuat selepas unit rondaan bermotosikal (URB) dari Balai Polis Bukit Puchong menerima aduan daripada orang awam pada kira-kira 4.30 petang Sabtu.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berumur 27 tahun yang merupakan bapa bayi malang itu dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang dipercayai digunakan untuk menikam perut mangsa.

“Bayi tersebut kemudian telah dikejarkan ke Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Polis telah mengambil rakaman percakapan saksi-saksi untuk tujuan siasatan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Abd Khalid berkata siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mengamuk dan ujian air kencing telah dibuat bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah.  – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu