Kuala Lumpur Post

Social

Polis tahan wanita antara 3 tokan dadah

PETALING JAYA — Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai tokan dadah ditahan di sebuah rumah di Kluang, Johor pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, 16 peket plastik lutsinar mengandungi syabu bernilai RM21,000 turut ditemui dalam serbuan itu.

Katanya, dua suspek lelaki itu mempunyai rekod lampau narkotik, manakala suspek wanita memiliki rekod lampau jenayah.

“Saringan ujian air kencing mendapati semua suspek positif methamphetamine,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, semua suspek direman enam hari hingga 16 Mei ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.