Social
254

Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa babit rampasan RM4.9 juta

Kajang – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa selepas merampas empat jenis bahan terlarang itu bernilai RM4.9 juta berikutan penahanan lima individu, menerusi enam serbuan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, di antara 24 dan 28 September lalu.

Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kuala Lumpur dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 21 hingga 71 tahun.

Timbalan Pengarah (Pelucuthakan/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, berkata pihaknya turut merampas methamphetamine seberat 5.8 kilogram, ketamin (14.8 kg), methylenedioxymethamphetamine (MDMA) membabitkan cecair (30.1 liter) dan serbuk (34.3 kg) serta kafein (2.2 kg), lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu