Nation
232

Pos Malaysia akan utamakan bekas ejen ‘Pos Rider’ untuk khidmat sambilan

Kuala Lumpur – Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen ‘Pos Rider’ untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.

Pos Malaysia dalam kenyataan berkata, jumlah bungkusan lazimnya melalui peningkatan pada waktu tertentu sepanjang tahun, yang didorong oleh jualan khas oleh peruncit, musim perayaan, jualan tarikh khas (seperti 9.9 atau 11.11) dan seumpamanya, lapor Bernama.

“Ini akan membolehkan bekas ejen Pos Rider memanfaatkan lonjakan tersebut, sekali gus membantu Pos Malaysia mengekalkan kecekapan kos,” menurut kenyataan itu.

Pos Malaysia turut menjelaskan bahawa, dua perubahan utama pada segmen pos dan kurier telah mendorong kepada rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider, yang dilaksanakan pada 1 Julai.

Menurut kenyataan itu, terdapat penurunan ketara dalam jumlah mel biasa di seluruh negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan seiring itu, berlaku pertumbuhan e-dagang yang telah memperkembangkan perniagaan kurier.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu