Nation
421
0

PPBM pecah rekod lagi

UMNO tidak boleh dipersalahkan dengan apa yang berlaku di DUN Perak pada hari ini. Salahkan diri sendiri kalau mahu mencari salah.

UMNO sudah membuktikan setiakawan dua kali. Membenarkan Peja jadi MB semasa PH dan PN memerintah. Tapi apabila pentadbiran Kerajaan Negeri dan hubungan dengan Istana tambah teruk maka terimalah padahnya.

Semuanya berlaku secara demokratik dan sah. Diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri. Pertukaran hanya untuk jawatan MB.

PAS mesti terbuka dengan apa yang berlaku sebagaimana UMNO terbuka apabila PAS menyertai PN secara rasmi. Kerjasama politik UMNO-PAS mesti dipertahankan.

PPBM memang pecah rekod lagi. Pertama kali MB hilang jawatan melalui “Usul undi percaya”. Rupanya tidak dipercayai.

Oleh: Dr. Puad Zarkashi

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu