Nation
353

Premis kedai makan dibenar operasi 6 pagi hingga 10 malam

Petaling Jaya – Premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah kerajaan mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 798 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 762 individu dikompaun, manakala 24 direman dan 12 dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (172), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (119), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (114), tidak memakai pelitup muka (108), membawa penumpang berlebihan (69) dan lain-lain (216),” katanya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu