Nation
255

Presiden MCA jadi pemimpin keenam menghadap Agong

Kuala Lumpur – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjadi pemimpin politik keenam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa Menteri Pengangkutan itu memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2, pada jam 11.55 pagi tadi.

Turut dijadualkan menghadap pada sebelah petang ini ialah Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selesai menghadap baginda pada jam 11.30 pagi.

Semalam, empat pemimpin politik menghadap Al-Sultan Abdullah dimulakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu