Kuala Lumpur – Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan yang membawa Presiden itu dilihat keluar dari Istana Negara pada jam 11.38 pagi, kira-kira satu jam selepas memasuki Pintu 2 Istana Negara.
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran merupakan wakil pemimpin kedua yang menghadap Al- Sultan selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid. — Sinar Harian