Politics
211

PRN: Kerjasama dengan UMNO dibincang hanya selepas DUN dibubar : Tuan Ibrahim

Shah Alam – Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perbincangan sama ada PAS akan bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar.

“Kita tunggu dulu Pilihan Raya Negeri Johor jadi ke tidak, (selepas itu) akan (ada) perbincangan dengan UMNO. Saya rasa ketika ini, semua orang mahu kita kurangkan politik dalam isu rakyat tengah susah (akibat banjir dan sebagainya).

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada kerajaan Johor, kalau bubar, kita terpaksa hadapi PRN dan masing-masing sudah bersedia, PAS pun sedia,” katanya pada pemberita selepas merasmikan dan meraikan ulang tahun pertama penubuhan Malaysian Recycling Alliance (MAREA) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada PAS akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi pilihan raya, andainya PRN Johor diadakan.

Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak mahu terlalu banyak pilihan raya yang dilaksanakan dalam waktu berbeza yang akhirnya akan menyebabkan rakyat hidup dalam situasi politik sepanjang waktu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu