Politics
349

PRN Melaka : Barisan Nasional dikompaun RM10,000

Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengadakan majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, malam tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu ciapan di Twitter, tengah malam tadi memaklumkan kompaun bernilai RM10,000 itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kepong kerana penganjuran majlis didapati melanggar Akta 342.

Kementerian itu menerusi medium media sosialnya turut memuat naik salinan surat kompaun yang dikeluarkan kepada BN itu yang mengadakan majlis berkenaan di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL.

Kesalahan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pegawalan Penyakit Berjangkit kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Pada majlis itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan jentera PRN Melaka dan turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Yang turut hadir, Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan, Isnin lalu memaklumkan KKM menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula 25 Oktober sehingga 27 November depan.

Ini kerana pemantauan situasi COVID-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu