Politics
139

PRN Melaka : Pertembungan 3 penjuru di Tanjung Bidara

Melaka – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman, berkata borang pencalonan pertama dikemukakan Zainal, pada jam 9.02 pagi.

Ia diikuti calon PN, pada jam 9.12 pagi dan calon BN pada jam 9.15 pagi.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN berkenaan di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini.

Beliau memaklumkan, tiada lagi calon lain terutama Bebas hadir mengemukakan pencalonan atau pencalonan yang ditolak.

Terdahulu, Zainal paling awal tiba jam 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

Ia diikuti Ab Rauf yang tiba di pekarangan dewan itu jam 8.40 pagi, dengan ketibaannya diiringi bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Tepat jam 8.49 pagi, calon PN daripada BERSATU, Mas Ermieyati pula tiba di pusat bersama penyokong dan pencadang, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu