Nation
279

PRN Melaka: PM ambil maklum rakyat bimbang risiko Covid-19

Melaka – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum akan kebimbangan rakyat mengenai risiko penularan COVID-19 sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan.

Perdana Menteri menjelaskan jika PRN Melaka perlu diadakan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat kuasa serta-merta.

Tiga ADUN terbabit ialah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu), lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu