Nation
112

PRN Melaka : SPRM lancar bilik gerakan

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bilik gerakan PRN Melaka itu beroperasi 24 jam di SPRM Melaka, di No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, Melaka.

Menurut SPRM, selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui e-mel kepada aduan.prnmelaka@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012), lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu