Kuala Lumpur Post

PoliticsReviews

PRN : PN pertahan Kedah, peroleh majoriti 2 pertiga

KUALA LUMPUR — Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah pada Pilihan Raya Negeri selepas memperoleh majoriti lebih dua pertiga, demikian menurut data rasmi keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 11 malam ini.

PN menguasai 30 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Majoriti dua pertiga adalah 24 kerusi.

Sementara itu Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh tiga kerusi.

DUN Kedah dibubarkan pada 28 Jun lepas dengan perkenan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Kedudukan DUN Kedah sebelum dibubarkan menyaksikan PN memiliki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); PH menguasai 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); Barisan Nasional memperoleh dua kerusi (UMNO-2) dan Parti Pejuang Tanah Air (2).

Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun daripada PKR Tan Sri Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lepas.

Tags: , ,