Politics
153

PRN Sarawak : SPRM lancar 5 bilik gerakan

Kuching – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan lima bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Dalam satu kenyataan SPRM berkata, bilik gerakan di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang itu akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh PRN berlangsung.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel aduan.prnsarawak@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, SPRM turut mengingatkan agar calon dan parti politik bertanding tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012), lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu