Nation
136

Proklamasi Darurat di Sarawak elak penularan Covid-19 lebih serius : Pejabat PM

Kuala Lumpur – Proklamasi Darurat bagi seluruh Sarawak yang berkuat kuasa mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan perlu diisytiharkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) bagi mengelak penularan COVID-19 menjadi lebih serius.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan dengan Proklamasi Darurat itu, PRN Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal.

Menurut kenyataan itu, jemaah menteri dalam mesyuarat pada 21 Julai lepas bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh Sarawak setelah darurat yang berkuat kuasa sekarang berakhir pada 1 Ogos ini.

“Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Feb 2022,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan berkenaan proklamasi itu bertarikh 30 Julai, Al-Sultan Abdullah berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu