Nation
2K

Proklamasi Darurat tak akan disambung : Dewan Rakyat

Petaling Jaya – Kerajaan membuat keputusan untuk tidak akan menyambung Proklamasi Darurat yang bakal berakhir pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga telah membuat keputusan berdasarkan Perkara 50(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa semua ordinan yang telah dibuat semasa sepanjang Proklamasi Darurat adalah dibatalkan.

“Saya ingin mengesahkan pada hari ini, bahawa kerajaan persekutuan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisyiharkan Proklamasi Darurat baru apabila tamat pada 1 Ogos 2021,” katanya pada sidang khas di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 Proklamasi Darurat atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu