Nation
227

Proton perkenalkan Iriz, Persona 2022 baharu

Kuala Lumpur – Proton hari ini mengumumkan pelancaran Proton Iriz dan Persona 2022 baharu, menawarkan reka bentuk terkini dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah.

Beliau berkata penambahan terbaru pada rangkaian model syarikat turut menampilkan warna baharu serta menawarkan lebih keselesaan dan ciri keselamatan untuk penumpang.

“Proton Iriz dan Persona telah berjaya memenangi hati ramai peminat sejak diperkenalkan, justeru, perubahan yang kami perkenalkan mengambil kira cita rasa mereka.

“Perubahan reka betuk serta penambahan model ‘Active’ baharu bagi Proton Iriz telah meningkatkan daya tarikannya, manakala perubahan pada dalaman dan sistem infotainment akan memberikan keselesaan dan penghubungan yang lebih baik sambil mengekalkan pengalaman pemanduan Proton yang amat terkenal,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata perubahan paling ketara pada bahagian dalaman Proton Iriz dan Persona 2022 adalah penambahan unit infotainment lapan inci terapung dengan fungsi arahan suara yang kini mampu mengawal penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu.

Dari segi keselamatan, dua-dua model ini telah menerima penarafan ASEAN NCAP lima bintang dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli ‘hot press formed’ (HPF), kawalan stabiliti elektronik (ESC), sistem kawalan traksi (TCS) dan bantuan pegun bukit (HHA).

Proton Iriz dan Persona 2022 kini boleh terdapat untuk tempahan secara atas talian di www.proton.com. lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu