Nation
373

PRU-15 selewat-lewatnya Julai tahun depan : PM

Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan.

Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan khas secara langsung hari ini.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu