Nation
278
0

PTPTN capai 75 peratus sasaran deposit 2020 setakat Okt

Kuala Lumpur – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mencapai 75 peratus atau RM1.1 bilion jumlah deposit daripada sasaran RM1.5 bilion bagi 2020, setakat Oktober lepas.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata secara keseluruhan sebanyak 4.75 juta akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM7.02 bilion, sehingga 31 Okt lepas.

“PTPTN yakin kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ yang dilancarkan hari ini akan mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mampu melonjakkan kutipan deposit SSPN kepada jumlah sasaran tahun ini,” katanya dalam ucapan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SSPN dan pengeluar kelengkapan sekolah jenama Canggih, My-Sutera Sdn Bhd, yang berlangsung secara dalam talian.

Pada majlis tersebut Ahmad Dasuki bertukar MoU dengan Pengarah Eksekutif My-Sutera Sdn Bhd Laila Satria Suhaimi dengan disaksikan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan dan Pengerusi Kumpulan My-Sutera Sdn Bhd Annas Ahmad.

MoU itu, menyaksikan kempen ‘Canggihlah Simpan di SSPN’ dilancarkan yang menawarkan orang ramai yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit di SSPN dalam tempoh kempen mulai 1 Dis sehingga 31 Dis ini, berpeluang menikmati ganjaran istimewa dari SSPN.

Pada majlis sama, PTPTN turut menerima sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM30,000 daripada My-Sutera Sdn Bhd yang diberikan dalam bentuk akaun SSPN-i kepada golongan asnaf. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu