Social
126

Pukul pengawal peribadi: Ahli perniagaan, pembantu mengaku tak bersalah

Klang – Seorang ahli perniagaan dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan, bersubahat dan dengan niat melukakan perasaan keagamaan terhadap dua pengawal keselamatan di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 13 April lalu.

Tertuduh Chung Chee Yang, 43, yang berdepan lima pertuduhan dan pembantu peribadinya Choo Hin Voon, 43, dua pertuduhan membuat pengakuan itu selepas ia dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret P Sarulatha.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM50,000 bagi lima pertuduhan terhadap tertuduh pertama dan RM20,000 bagi tertuduh kedua. – Astro Awani

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu